Monday 19 September 2016

Sambungan.. pengalaman bersalin secara vacum

(Isnin -15/2/16) Pukul 3 pagi.
pagi tu aku tak boleh tidur lena. Mengiring ke kanan, sakit pinggang, mengiring ke kiri pun sakit. Time ni aku kejut suami ajak pergi hospital. Aku kejut ibu aku, aku salam ibu dan minta maaf dan tolong doakan aku. Sampai sahaja kat labour room, aku daftar nama, pastu kejap tu kena panggil masuk dalam. Doktor datang dan seluk. Uhuiiii. sakit!! Doktor tu cakap aku dah buka 5cm.
........................................
Aku terkebil-kebil kat bilik tu bila doktor tinggalkan aku. dalam hati "oh dah buka 5 cm, patutlah aku tak boleh tidur, sakit juga ek?". ngomel aku. :). Midwife datang, dia masukkan ubat berak. Ubat ni jenis cecair  yang di masukkan dalam dubur. Midwife suruh aku pergi toliet, dan pesan jangan kunci pintu. Masuk je toilet, letak je punggong kat mangkuk tandas, lebur semua segala isi dalam perut. haha. Ubat tu memang magic, tak sampai satu minit aku boleh beyak. Dah la aku ni susah berak masa pregnant, bila dapat membuangg, memang satu nikmat. Sampaikan midwife, ketuk pintu toilet aku, dia tanya aku okey ke, kenapa lama sangat dalam toilet. Midwife minta izin nak masuk sebab risau aku tak boleh bangun. Aku menjerit lah, jangan masuk, aku tak puas beyak lagi. :)
lepas je membuang, aku baring balik kat katil. Sorang doktor perempuan datang. Doc tu bawa bersama satu alat warna putih, panjang juga. lepas tu dia cakap "Ok puan, saya nak pecahkan air ketuban, saya harap puan jangan tendang saya". haissh. patutlah dia cakap jangan tendang dia.Masa doc masukkan alat tu, memang kaki aku rasa automatik nak tendang orang. sakit woiii. Mesti doc tu pernah kena tendang, sebb tu dia cakap macam tu.
Basah lecun kain batik aku. laju mengalir, macam air paip. Lepas pecahkan air ketuban, aku diminta tukar baju . Baju tu warna pink, labuh nya sampai bawah lutut, dan ada tali kat belakang.Pastu aku diminta masuk labour room,yang ni betul-betul labour room. Tadi tu katil persinggahan sebelum dapat katil yang betul-betul untuk ibu-ibu meneran. :)
3.45 pagi
Time ni aku dah terbaring kat katil. Tangan dah pasang drip. Perut aku pun pasang alat pengesan contraction. Time terbaring ni lah perut aku berbunyi . Aku lapar! macam mana lah tak lapar, dah la datang LR pagi-pagi buta, aku tak makan apa-apa sebelum datang, sampai je LR kena paksa berak, memang kosong perut aku. Pesan aku kat bakal-bakal ibu yang nak bersalin, sebelum masuk LR, makanlah sepuas-puasnya, sebabnya nanti bila kau dah duduk terbaring, kau dah boleh buat apa-apa. Kalau boleh bawalah lah bekal kurma. Kita perlukan tenaga untuk meneran. Aku minum air masak je, itu pun minta kat nurse. Nurse tak bagi makan. aku lapar!!
Kejap tu doctor datang, dia tanya, aku nak bantuan epidural ke tak. Aku jawab aku tak nak. Dia tanya lagi, aku nak tak ubat tahan sakit, Aku pun jawab, aku tak nak, Time ni memang tak sakit sangat. Aku tak nak apa-apa. Aku gagah lagi tahan sakit.
 5-6 pagi
Time ni contraction dah makin kerap. Sakit contraction tu memang sakit akak-akak sekalian. Hanya Allah yang mengetahui. Kat dinding depan ada jam, aku dok tengok jam je. sebab tu aku boleh tahu detik-detik kesakitan aku datang. :)
Alhamdulillah, suami aku ada kat sebelah, dia tenagkan aku.   Aku mengiring kiri kanan tahan sakit. Nuse suruh aku baring telentang je, sebab kalau mengiring, nanti mesin contraction tu tak dapat detect contraction. masa contraction datang, memang segala arahan yang nurse tu cakap aku tak hirau. Masa contraction tu datang, aku automatik mengiring. Tak boleh nak tahan. Perut aku sakit sangat-sangat hanya Allah je yang tahu. Masa ni mulut aku hanya baca doa nabi Yunus, “ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”. Aku rasa nak berak, memang betul-betul nak berak, Orang kata kalau nak bersalin, memang rasa nak berak, tapi yang ni aku tahu, aku memang nak berak betul, bukan berak keluar baby. Aku minta suami panggil nurse, nurse masuk, aku kata dengan nurse yang aku memang nak berak, nurse pun seluk, dia kata aku baru 7 cm, belum lagi boleh teran, Aku cakap dengan nurse, aku memang nak berak,aku nak pergi tandas. haha, time tu memang kabut habis. sakit perut tadi tak habis lagi. Nurse tu amik kain alas, dia cakap, kalau nak berak, berak kat sini, tak boleh bangun. apakah?? waaa. tapi kan masa sakit tu, memang dah tak kisah malu-malu ni. Aku memang tengah sakit contraction, aku meneran sebab sakit, masa teran tu memang keluar le yakyak. tapi cair. haha, mesti korang tengah geli sekarang ni. Nurse tak bagi teran kalau belum masanya, tapi time tu aku memang dah teran. Aku teran sebab aku memang sakit perut. Sakit 2 in 1 la kiranya. Sakit contraction dengan sakit nak beyak. hehe
6.30-7 pagi
Masa ni dah kemuncak dah. Contraction memang dah kerap. 5 minit sekali. Bila time contraction tu datang memang dah tak boleh buat apa-apa. Aku hanya cakap dengan suami aku "abang, sakit, sakit" . Suami aku pujuk, dia tiup leher aku, sebabnya aku berpeluh. Tapi serius, masa dia tiup leher tu memang kurang sikit sakit. Aku cuba tenangkan diri dan borak dengan suami.Ada sorang nurse masuk, dia tengah prepare barang, aku mengadu dengan nurse, "nursee.. saya sakit ni..., boleh tak saya saya nak ubat tahan sakit'. Nurse tu cakap, "awak tak boleh dah ambik ubat tahan sakit sekarang ni, kalau ambil, akan bahayakan bayi dalam kandungan, ubat tahan sakit hanya diberikan masa awal-awal lagi, ada tak doktor tanya tadi?" aku jawablah ada. Nurse tanya kenapa tak ambil, aku jawab, aku tak nak sebab aku ada terbaca, epidural semua tu tak elok, nanti kesannya akan datang bila  kita dah tua nanti. Nurse tu pun berceramah kat situ,
"puan, sepatutnya puan kena baca cara-cara nak meneran dengan betul, pernafasan ketika meneran, dan apa-apa bentuk bacaan yang boleh bantu puan semasa di dewan bersalin, puan tak perlu baca benda-benda macam ni. Setiap orang penerimaan badan lain-lain. Mungkin badan dia macam tu, sebab tu dia sakit. Semua ubat yang hospital sediakantujuannya nak bantu ibu. sekarang puan tengah sakit, saya tak boleh buat apa-apa, puan kena sabar, sakit bersalin memang sakit puan , Sebab tu Allah bagi ganjaran besar ".  Nurse cakap, aku lambat lagi nak bersalin, dia suruh tahan, kemudian berlalu pergi
7-8 pagi.
Masa ni aku dah sakit sangat-sangat. Aku minta suami panggilkan nurse. Sebab sakit yang teramat sangat. Ya Allah, bayangkan suami aku cakap, sorang nurse takda kat luar. Nurse masing-masing tengah sibuk sambut kelahiran baby kat bilik belakang.  Pagi ni memang ramai orang dalam labour room, masa aku tengah sakit contraction, aku dengar selang seli suara baby. Memang aku dengar nurse menjerit-menjerit cari doktor., Mana taknya, masing-masing bersalin serentak. Suami aku pujuk, "kejap sayang, nurse semua sibuk, abg perasan diorang kat bilik belakang".  Tunggu dalam 10 minit, seorang nurse masuk, dia tengok kat miss v, sambil dia prepare barang dia cakap, "ok, puan boleh teran sekarang". Kejap tu sekumpulan nurse datang keliling aku, diorang semua sorak aku
"ok puan, teran,". Aku tarik nafas panjang-panjang, ketap bibir dan teran.. aaaaa.aaa".. Aku teran lagi sekali untuk kali kedua, aku dengar doktor jerit, "puan, teran lebih lagi, dah nampak kepala baby', suami aku mengiakan. "ye syg, abg dah nampak rambut baby, teran kuat lagi". nurse tolong kirakan. 1..2..3.. "ok puan, teraan'. aku tak cukup nafas, sesungguhnya memang penat masa teran. Sebab tulah teknik pernafasan tu tersangatlah penting.Sekali lagi aku gagal . Selepas teran, doktor cakap 'puan, jantung baby lemah, saya kena vacuum, kalau tak baby lemas." Aku dengar je doktor cakap macm tu, aku cakap "ok doktor,. bila doktor suruh teran, aku kena teran. Nurse-nurse keliling aku masih lagi dengan sorakan. bila doktor suruh teran , aku pun tarik nafas panjang-panjang, dan teran.
Alhamdulillah, aku  dah dengar suara baby Aqeel. Terus nurse tunjuk 'adik' baby, nak maklumkan yang baby aku lelaki.  Segala kesakitan hilang bila tatap muka baby. Aku perasan kepala Aqeel sedikit bonjol, ye lah kena vacuum. tapi apa-apa pun aku lega, syukur sebab segalanya selamat.
*penat. aku lap peluh...*
Nurse terus bawa baby, untuk bersihkan,  Baby kena asingkan, letak kat dalam inkubator, mungkin sebab bby aku kena vacuum. Sekarang masa untuk jahit. Orang cakap jahit tu sakit, pengalaman aku? Aku tak rasa apa-apa, mungkin sebab dah terlalu penat. Aku cuma nampak doktor terik benang bawa masuk  keluar je. pastu setel. Cuma masa doktor jahit tu, aku menggigil, aku perasan kaki aku bergetar.
habis sudah pengalaman bersalin normal vacuum. Pengalaman bersalin sangat indah kan?walaupun sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu :) . Sebelum kita bersalin, kita mesti pernah buat search baca pengalaman orang, ada yang kata, "uish, kalau boleh jangan ambik epidural, ubat tahan sakit". Pada aku sendiri jangan baca komen-komen macam ni. Penerimaan badan masing-masing berbeza. Kalau korang rasa badan korang tak mampu tahan, korang boleh ambik. Apa yang penting, baca teknik-teknik pernafasan ketika bersalin. Itu yang paling penting. Akhir sekali, sebelum ke labour room, makan dulu, makan sampai  kenyang. kita memang perlukan tenaga yang banyak untuk teran.
Mungkin pengalaman aku kali ni boleh jadi pesanan kat ibu-ibu yang tengah google baca tips pengalaman bersalin. :) Mana-mana ibu yang tengah tunggu hari tu,  semoga berjaya ye.. :) , semoga semuanya selamat. banyakkan zikir, agar semuanya dipermudahkan. Ingat Allah, Allah akan bantu kita. Buat ibu-ibu diluar sana, anda semua hebat! Pengorbanan ibu itu sungguh besar. Sebabkan itulah Allah janjikan syurga buat ibu yang syahid ketika bersalin. Allahuakbar.
Thank you for reading.
-miss iji-

0 comments :

Post a Comment