Monday 19 September 2016

Renew Passport di Putrajaya!


Assalamualaikum.


Passport lama dah mati tahun lepas. InsyaAllah, bulan depan kami satu keluarga nak berjalan makan angin. Jadi, misi kali ni nak renew passport.

Ahad lepas kami satu family (dengan family suami) pergi renew passport di UTC Keramat di UTC Keramat, memang ramai. Maklumlah hari Ahad. Ayah mertua dgn Mak Mertua dapat no giliran awal, sebab mereka goglongan veteren., Kami daftar bertiga anak beranak untuk buat passport. Aqeel, aku dan suami dapat nombor giliran masing-masing. Tapi nombor giliran Aqeel awal. Sebabnya dia didaftarkan bawah 2 tahun, sebab tu cepat. Pegawai imigresen yang jaga bahagian pendaftaran  tu suruh ikut no giliran baby. So memang cepatlah. Sampai je giliran Aqeel buat passport, pegawai tu cakap hanya sorang sahaja yang boleh buat passport ikut no giliran baby. Contohnya, aku dengan suami nak renew paspport, cuma salah seorang daripada kami sahaja yang boleh buat passprt ikut nombor giliran baby. Nak buat passprt baby, kena pegang baby untuk ambil gambar, lepas baby, turn parents yang pegang baby pula buat passport. So, suami aku buat dulu. Aku pula tunggu no giliran lain. Lama juga nak tunggu. Disebabkan kami datang sana dengan family , aku decide passport aku buat hari lain.
Aku buat passport hari Isnin.Tapi kali ni aku buat kat Putrajaya. Setahu aku dulu Putrajaya nak buat passport kat Presint Diplomatik (presint 15). Sekarang ni dah berpindah tempat baru. Ada satu bangunan baru Jabatan Imigresen Putrajaya. Jabatan Imigresen terletak di Presint 2,  Persiaran Perdana, bersebalahn Alliance Bank. Bahagian Passport terletak di tingkat 3.

renew passport di putrajaya

Jabatan Imigresen Putrajaya. Ruang menunggu. Kerusi banyak :)

Aku ingatkan pergi weekday kurang orang, rupanya sama, ramai sungguh. So far servis kat sini bagus, walaupun ramai tapi kaunter banyak. aku kira ada dalam 24 kaunter. 24 kaunter ni termasuklah kaunter permohonan passport, kaunter bayaran, serahan dan macam-macam lagi. Servis ok lah. Aku sampai sana dapat nombor giliran 1292. Nombor yang tertera untuk permohonan passport 1144. MasyaAllah, jauh lagi. Aku duduk kat kerusi, sorang akak tanya aku datang sorang ke? Aku mengiakan, lepas tu dia hulurkan no giliran. Dia kata tadi kawan dia datang awal, tolong ambikkan. Kebetulan dia pula memang datang awal juga, dia pun dah ada nombor. Alhamdulillah, rezeki aku. Nombor yang di bagi 1166. Tak lama lah nak tunggu.:) hooray. Aku ingat kalau lama sangat nak ajak suami lari pergi UTC Keramat, sebab kat sana kak ipar aku pernah buat weekday dia kata kosong, tak da orang. Aku rasa Putrajaya ni ramai mungkin sebab kat sini center. Semua berkumpul kat sini.

Jabatan Imigresen sini, ok lah. Kat sini pun ada bilik penysusuan. Mana-mana ibu yang bawa anak kecik, tak perlu tutup-tutup nak menyusukan anak, masuk je bilik penyusuan. Bagus, beri kemudahan kepada ibu-ibu.
~misiji~



0 comments :

Post a Comment